BENARKAH PERBANKAN ISLAM LEBIH MAHAL

>> Saturday, August 8, 2009

Maybank, Public Bank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan banyak lagi institusi kewangan beroperasi di negara kita. Ada yang berkonsepkan konvensional dan ada juga yang menggunakan konsep perbankan islam.

Tetapi benarkah konsep perbankan islam itu lebih mahal dan zalim. Teringat saya berkenaan satu artikel yang di tulis oleh Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman. Ada seorang pemuda berkata yang perbankan islam lebih mahal dari perbankan konvensional. Mengikut beliau pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam mengenakan kadar keuntungan 7.8 % untuk tempoh 30 tahun dan bayaran bulanan di anggarkan RM 1,050 sebulan manakala pembiayaan perumahan menggunakan perbankan konvensional pula hanya mengenakan kadar interest(BLR) 5.8% setahun dan anggaran bayaran bulanan hanya RM 85o.

Sebenarnya pemuda terbabit tidak mengetahui dan memahami cara pengiraan yang betul. Beliau terlalu asyik dengan kadar 'interest' yang rendah dan juga bayaran bulanan yang rendah sedangkan kadar BLR 5.8% itu akan berubah mengikut kadar semasa sedangkan perbankan islam mengenakan kadar keuntungan yang sama sahaja sepanjang tempoh 30 tahun tanpa mengira kadar keuntungan semasa. Sebagai contoh:
  • Kadar BLR adalah 5.8% dan kadar faedah semasa adalah 0.25 maka kadar yang perlu di bayar adalah 5.8% + 0.25% = 6.05%. Cuba anda bayangkan sekiranya kadar faedah semasa adalah 2 ~ 3 %. Berapa banyak yang anda perlu bayar? Tepuk dada tanya selera.
  • Manakala kadar keuntungan yang dikenakan oleh perbankan islam pula 7.8% sepanjang 30 tahun pembiayaan tanpa perlu berubah mengikut kadar faedah semasa.
Sekiranya peminjam ingin membuat penyelasaian awal bagi pembiayaan mereka, perbankan islam akan memberi 'rebate' ataupun dalam bahasa yang lebih mudah difahami ' diskaun' yang tinggi tetapi bagi perbankan konvensional pula mereka akan mengenakan denda ataupun 'charge' kerana mereka akan rugi sekiranya peminjam membuat penyelasaian lebih awal dari tempoh sebenar. Ini kerana mereka tidak dapat mengenakan kadar faedah semasa terhadap BLR mereka.

Oleh itu sebagai peminjam atau bakal peminjam, anda perlu mengkaji dengan lebih teliti terhadap setiap jenis pinjaman yang akan anda ambil kerana ianya akan menentukan tahap kewangan anda untuk jangka masa akan datang. Dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif dalam bidang ini.


..sekadar untuk perkongsian dan renungan...

Read more...

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP