Orang Muda Dan Kaya Dunia

>> Friday, September 25, 2009

Satu hari tu aku dengan tak sengaja membelek2 megazine member. Kalau tak silap aku PERDASAMA kot. Belek punyer belek aku terbaca pasal orang- orang muda yang berjaya dan menjadi kaya'an dan hartawan. Hampir kebanyakanya adalah orang Rusia dan yang selebihnya adalah US. Ok, aku senaraikan sepuluh orang hartawan muda ni yang menjadi billionaire pada usia yang dikira muda juga.


1. Oleg Deripaska

Pada tahun 2008, beliau adalah individu ke-9 terkaya di dunia. Terlibat dalam industri kenderaan, pembinaan kapal terbang, dan juga syarikat insurans. Beliau mengumpul kekayaan atas usaha sendiri dan tidak berasal dari keluarga yang kaya.
Sumber Kekayaan : Aluminium
Nilai : USD 28 billion
Negara : Rusia
Usia : 40 tahun


2. Roman Abramovich

Siapa yang tak kenal dengan orang ni. Billionaire yang memiliki pasukan gergasi EPL Chealsea. Berada di tangga ke-15 senarai billionaire dunia. Kekayaan di perolehi hasil usaha sendiri melalui industri minyak dan gas, besi serta aluminium.
Sumber Kekayaan : Minyak dan Gas
Nilai : USD 23.5 billion
Negara : Rusia
Umur : 41 tahun

3. Alexei Mordashov

Juga memperolehi kekayaan hasil usaha sendiri. Senarai ke-18 terkaya dunia. Terlibat dalam sektor pengangkutan, pelabuhan dan juga pembuatan dan besi.
Sumber : Besi
Nilai : USD 21.2 billion
Negara : Rusia
Umur : 42 tahun

4. Mikhail Fridman

Tempat ke-20 terkaya dunia. Terlibat dalam industri perbankan, minyak dan gas serta telekomunikasi.
Sumber : Perbankan dan Minyak
Nilai : USD 20.8 billion
Negara : Rusia
Umur : 43 tahun

5. Mikhail Prokhorov

Seorang lagi Rusian yang berada di kedudukan ke- 24 terkaya. Usaha sendiri mengumpul kekayaan dari industri nikel, emas, aluminium, pertanian dan media.
Sumber : Industri Nikel
Nilai : USD 19.5 billion
Negara : Rusia
Umur : 42 tahun


6. Sergey Brin

Rakyat Amerika yang ini berada pada tangga ke-32 dunia. Merupakan pengasas Google. Terlibat dalam IT sejak tahun 1998. Dalam tempoh sepuluh tahun sahaja beliau berusaha sendiri sehingga menjadi billionaire.
Sumber : Google
Nilai : USD 18.7 billion
Negara : Amerika
Umur : 34 tahun




7. Larry Page

Seorang lagi pengasas Google yang tersenarai sebagai billionaire muda.
Sumber : Google
Nilai : USD 18.6 billion
Negara : Amerika
Umur : 35 tahun


8. Suleiman Kerimov

Berasal dari Rusia dan terlibat dalam industri Saham.
Sumber : Pasaran Saham
Nilai : USD 17.5 billion
Negara : Rusia
Umur : 42 tahun




9. Michael Dell

Pengasas Dell Computer ini bermula ketika berusia 18 tahun dengan mencipta komputer sendiri sehingga di buang dari kolej. Akhirnya jenama beliau menjadi salah satu gergasi di dalam industri komputer dunia.
Sumber : Teknologi Maklumat (Dell)
Nilai : USD 16.4 billion
Negara : Amerika
Umur : 43 tahun

10. Susanne Klatten

Mewarisi syarikat BMW dari bapanya. Beliau juga terlibat di dalam industri farmasi. Wanita ini bertuah kerana sebahagian besar kekayaan adalah dari BMW motor.
Sumber : BMW
Nilai : USD 13.2 billion
Negara : Jerman


Read more...

BENARKAH PERBANKAN ISLAM LEBIH MAHAL

>> Saturday, August 8, 2009

Maybank, Public Bank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan banyak lagi institusi kewangan beroperasi di negara kita. Ada yang berkonsepkan konvensional dan ada juga yang menggunakan konsep perbankan islam.

Tetapi benarkah konsep perbankan islam itu lebih mahal dan zalim. Teringat saya berkenaan satu artikel yang di tulis oleh Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman. Ada seorang pemuda berkata yang perbankan islam lebih mahal dari perbankan konvensional. Mengikut beliau pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam mengenakan kadar keuntungan 7.8 % untuk tempoh 30 tahun dan bayaran bulanan di anggarkan RM 1,050 sebulan manakala pembiayaan perumahan menggunakan perbankan konvensional pula hanya mengenakan kadar interest(BLR) 5.8% setahun dan anggaran bayaran bulanan hanya RM 85o.

Sebenarnya pemuda terbabit tidak mengetahui dan memahami cara pengiraan yang betul. Beliau terlalu asyik dengan kadar 'interest' yang rendah dan juga bayaran bulanan yang rendah sedangkan kadar BLR 5.8% itu akan berubah mengikut kadar semasa sedangkan perbankan islam mengenakan kadar keuntungan yang sama sahaja sepanjang tempoh 30 tahun tanpa mengira kadar keuntungan semasa. Sebagai contoh:
  • Kadar BLR adalah 5.8% dan kadar faedah semasa adalah 0.25 maka kadar yang perlu di bayar adalah 5.8% + 0.25% = 6.05%. Cuba anda bayangkan sekiranya kadar faedah semasa adalah 2 ~ 3 %. Berapa banyak yang anda perlu bayar? Tepuk dada tanya selera.
  • Manakala kadar keuntungan yang dikenakan oleh perbankan islam pula 7.8% sepanjang 30 tahun pembiayaan tanpa perlu berubah mengikut kadar faedah semasa.
Sekiranya peminjam ingin membuat penyelasaian awal bagi pembiayaan mereka, perbankan islam akan memberi 'rebate' ataupun dalam bahasa yang lebih mudah difahami ' diskaun' yang tinggi tetapi bagi perbankan konvensional pula mereka akan mengenakan denda ataupun 'charge' kerana mereka akan rugi sekiranya peminjam membuat penyelasaian lebih awal dari tempoh sebenar. Ini kerana mereka tidak dapat mengenakan kadar faedah semasa terhadap BLR mereka.

Oleh itu sebagai peminjam atau bakal peminjam, anda perlu mengkaji dengan lebih teliti terhadap setiap jenis pinjaman yang akan anda ambil kerana ianya akan menentukan tahap kewangan anda untuk jangka masa akan datang. Dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif dalam bidang ini.


..sekadar untuk perkongsian dan renungan...

Read more...

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP